Wednesday, October 6, 2010
Lihatlah sekekliling kita
Salam mesra, lihat lah sekeliling kita. Berbagai ragam masyarakat dan bermacam-macam adegan yang berlaku. Tak kurang juga drama-drama yang menyentuh hati. Ada juga kisah-kisah yang tak pernah berlaku dalam kisah hidup kita tapi kita dapat merasakan kesukaran bagaimana insan yang menghadapinya. Kesukaran untuk hidup seringkali meresahkan kita. Situasi masyarakat yang ada disekeliling kita yang mempunyai berbagai corak. Cuba kita renung seketika betapa bertuahnya kita? bukankah begitu. Cuba kita letakkan diri kita dalam suatu pergolakan masyarakat seperti jenayah masyarakat, terjebak dalam dadah, rumah tangga yang porak peranda atau kemiskinan yang melampau. Agaknya mampukah kita menghadapinya. Itu bukan pilihan kita dan kita tidak sesekali akan membiarkan diri kita menjadi sebahagian dari kejadian yang meresahkan itu. Adakah itu juga yang berlaku kepada mereka. Ada yang menyatakan suratan takdir, adakah penjenayah menyalahkan takdir kerana menjadikan mereka sebagai penjenayah. Pastinya tidak. Kita tidak mampu memikirkan bagaimana penjenayah boleh memilih jalan itu. Desakan hidup atau itu pilihan terakhir atau mereka memilih jalan pintas untuk sesuatu matlamat. Jagalah diri kita dan peliharalah keharmonian sesama manusia. Jadi insan yang terbaik walau hanya untuk diri kita sendiri. Komitmen pada sesuatu perkara atau keadaan akan membuatkan kita lebih dihargai sekiranya kita ikhlas. Kerana kita sendiri akan menghargainya. Apalah hidup tanpa pengorbanan? apakah anda bersetuju?
Monday, October 4, 2010
Tugas Dan Tanggungjawab.
Tugas dan tanggungjawab. Adakah pernyataan ini membebankan anda. Bagaimana anda rasa? setiap dari kita pastinya mempunyai Tugas dan Tanggungjawab samaada ditempat kerja ataupun dalam masyarakat. Apakah kita telah menyumbang kepada keluarga dan masyarakat. Karenah birokrasi, masalah pengurusan dan ketidakcekapan dalam menjalankan sesuatu perkara, saya suka menyatakan dengan jelas perkara ini iaitu malas dan tak mahu terlibat. Susah sangat kah untuk kita mempunyai sikap membantu antara satu sama lain. Kenapa tidak dipikul pada satu-satu perkara yang ringan dari menjadi berat. Jadi kepada semua samaada kakitangan kerajaan atau pun swasta! berkumpulan ataupun berseorangan ikhlaskanlah apa jua yang anda lakukan jangan terlalu berkira dan adakalanya ianya memberi menafaat bersama.
Friday, October 1, 2010
Tragedi Oktober
Hai semua.. bila tiba bulan oktober ni! teringat kat lagu awie tragedi oktober. Hummmm tu hanyalah lagu! Bulan oktober ni panjang skit tiada cuti am dan cuaca tak menentu kerana proses pertukaran musim ke monsun. Biasanya bulan Oktober ni semua orang sibuk bekerja kerana telah habis modal semasa menyambut raya pada bulan lepas! termasuklah gelap ki ki ki...... Bulan ni juga bagi anak-anak persekolahan mereka akan menerima tekanan terakhir iaitu peperiksaan UPSR, PMR dan SPM yang semakin hampir... selamat berjaya kepada adik-adik semua.! Gelap cam biasa.... kerja On Air kerja On Air.......
Wednesday, September 29, 2010
Waktu Bersiaran Dj Gelap Di FFM.
Selasa ~ 1am-4am (Balada Pop Dan Rock)
Rabu ~ 1am-4am (Kisah Dan Lagu)
Khamis~1am-4am (Balada Pop Dan Rock)
Jumaat ~9am-12am (Ceria Pagi FunkerFM)
Sabtu ~4pm-7pm (Mix FunkerFM)
Subscribe to:
Posts (Atom)



