Wednesday, October 6, 2010

Lihatlah sekekliling kita

Salam mesra, lihat lah sekeliling kita. Berbagai ragam masyarakat dan bermacam-macam adegan yang berlaku. Tak kurang juga drama-drama yang menyentuh hati. Ada juga kisah-kisah yang tak pernah berlaku dalam kisah hidup kita tapi kita dapat merasakan kesukaran bagaimana insan yang menghadapinya. Kesukaran untuk hidup seringkali meresahkan kita. Situasi masyarakat yang ada disekeliling kita yang mempunyai berbagai corak. Cuba kita renung seketika betapa bertuahnya kita? bukankah begitu. Cuba kita letakkan diri kita dalam suatu pergolakan masyarakat seperti jenayah masyarakat, terjebak dalam dadah, rumah tangga yang porak peranda atau kemiskinan yang melampau. Agaknya mampukah kita menghadapinya. Itu bukan pilihan kita dan kita tidak sesekali akan membiarkan diri kita menjadi sebahagian dari kejadian yang meresahkan itu. Adakah itu juga yang berlaku kepada mereka. Ada yang menyatakan suratan takdir, adakah penjenayah menyalahkan takdir kerana menjadikan mereka sebagai penjenayah. Pastinya tidak. Kita tidak mampu memikirkan bagaimana penjenayah boleh memilih jalan itu. Desakan hidup atau itu pilihan terakhir atau mereka memilih jalan pintas untuk sesuatu matlamat.  Jagalah diri kita dan peliharalah keharmonian sesama manusia. Jadi insan yang terbaik walau hanya untuk diri kita sendiri. Komitmen pada sesuatu perkara atau keadaan akan membuatkan kita lebih dihargai sekiranya kita ikhlas. Kerana kita sendiri akan menghargainya. Apalah hidup tanpa pengorbanan? apakah anda bersetuju?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.